Tyler Rake masih hidup! Adakah susulan satu kepastian memandangkan kejayaan filem pertama? Bilakah anda mula berasa terdapat sesuatu yang lebih dalam kisah Rake?
Sebenarnya, kami mula berasa bahawa susulan pasti dihasilkan sejak proses tayangan Extraction pertama. Reaksi awal begitu positif sehingga mereka mengubah penghujung filem pertama. Pada awalnya, saya dan Joe Russo bersetuju bahawa pertumbuhan demi penebusan sesuai untuk watak Tyler Rake dan pengorbanan nyawanya pada akhir filem merupakan penghujung yang wajar. Namun, apabila reaksi menunjukkan yang watak ini menarik perhatian dan penonton mungkin menikmati kisahnya lagi, kami kembali dan merakam penghujung baharu. Sudah tentu, kita tidak dapat betul-betul meramalkan reaksi khalayak global. Oleh itu, apabila filem pertama ditayangkan pada tahun 2020, kemudian khalayak memberikan respons yang positif, kami tahu kami membuat keputusan yang betul. Kami terus memikirkan kisah seterusnya.
