Siapakah antara watak baharu yang akan kita kenali?
Mia Rake ialah watak penting dan apabila kami memilih pelakon untuk peranan itu, kami memerlukan seseorang dengan aura di layar perak dan kemahiran berlakon yang hebat untuk mendorong Hemsworth dalam babak yang penuh emosi. Pilihan pertama kami ialah Olga Kurylenko dan kami begitu gembira kerana dia bersetuju! Dia boleh menarik perhatian tidak kira dia berlakon dengan sesiapa pun. Kami sangat teruja atas penyertaannya dalam barisan pelakon yang hebat.
Sementara itu, kami memanfaatkan Alcott, watak Idris Elba, untuk meluaskan dunia ini dengan memperkenalkan watak yang berbeza sama sekali dengan Tyler Rake sebagai perbandingan. Rake lelaki yang senyap dan suka bertindak melulu tetapi juga mudah disukai. Kami mahu jadikan dia sebagai kontras kepada lelaki yang bertentangan dengannya. Alcott mengenakan kot tiga suku yang mewah dengan perilaku berpendidikan serta aura yang menunjukkan bahawa dia berkelas tinggi. Dia juga ejen yang berbahaya tetapi dia lebih bergaya dan berkeyakinan daripada Rake. Dia mirip James Bond sedikit dan melagakan mereka berdua menghasilkan ketegangan yang menarik.
Setelah kami tahu bahawa latar kisah ini di Georgia, kami terus mahu memilih barisan pelakon tempatan. Pengarah pemilihan pelakon kami menemukan pelakon Georgia yang amat menakjubkan untuk peranan Zurab, Davit, Ketevan dan dua anaknya, Sandro dan Nina [dilakonkan oleh Tornike Gogrichiani, Tornike Dalakishvili, Tornike Bziava, Tinatin Dalakishvili, Andro Japaridze dan Mariami Kovziashvili].
