Peminat Extraction tahu mereka pasti akan menyaksikan lagak ngeri yang istimewa. Bagaimanakah lagak ngeri dalam filem baharu ini mengatasi aksi filem pertama, terutamanya berhubung dengan satu syot menakjubkan yang terkenal dalam filem pertama?
Untuk susulan ini, kami tahu kami perlu mempertingkatkan lagak ngeri. Oleh itu, kami mengupah pelagak ngeri dan pereka tari yang terbaik di dunia dan memberi mereka kebebasan. Chris dan saya serba sedikit memberikan buah fikiran kami. Kami hampir MENGGANDAKAN tempoh satu syot filem pertama yang, saya rasa, adalah selama 11 minit 47 saat. Dalam Extraction 2, satu syot kami selama 21 minit 7 saat! Perjalanannya sangat mengagumkan…daripada pelolosan penjara yang memaksa Tyler berlawan dengan pelbagai banduan merusuh; hingga kejar-mengejar berbilang kenderaan menggunakan jip, motosikal dan UTV; serta babak apabila kami betul-betul MENDARATKAN HELIKOPTER DI ATAS KERETA API YANG BERGERAK! Memang gila. Dan saya jarang memberikan komen sebegini.
Baca: Bergambar Dengan Chris Hemsworth, Aaron Aziz & Iedil Putra Bintangi Extraction 2?