Minggu lalu Kanye mengecam Hailey kerana mempertahankan tindakan Editor Vogue, Gabriella Karefa-Johnson mengkritik kemaja-T Yeezy yang tertera slogan ‘White Lives Matter’.
“Saya mempunyai rasa hormat yang teramat tinggi buat anda. Saya memujai anda dan dapat bekerja dengan anda adalah satu penghormatan besar. Anda seorang yang amat baik hati, berbakat, menyeronokkan dan bergaya,” tulisnya di Instagram Story.
Hailey tidak menyebut nama Kanye namun penyanyi itu berkecil hati dengan kenyataan tersebut dan meluahkan kekecewaannya di Instagram.