Umum tahu Kylie Jenner kini sedang hamil anak dengan teman lelakinya iaitu Travis Scott. Model ini dikatakan sempat melangsungkan sambutan baby shower dalam diam sehari selepas majlis baby shower kakaknya, Kim Kardashian.
Hujung minggu lalu telah berlangsungnya sambutan baby shower bonanza buat keluarga Kardashian dan Jenner. Kim Kardashian West telah mengadakan sambutan demi menyambut ketibaan bayi ketiganya yang mana menerusi khidmat ibu tumpang pada Sabtu lalu, manakala sehari selepas itu Kylie Jenner pula melangsungkan parti baby shower.
Ketika baby shower Kim, kedua-dua adik perempuannya yang kini sedang hamil iaitu Khloe Kardashian dan Kylie Jenner juga hadir – menurut sumber yang memaklumkan kepada portal hiburan PEOPLE, Kylie telah menutup bahagian perutnya yang kini sedang sarat hamil dengan sehelai jaket, sementara Kendall Jenner, ibu mereka Kris Jenner serta teman dan pendandan rambut Jen Atkin dan Chrissy Teigen tampil dengan membawa kek buatan rumah untuk sambutan tersebut.
Parti baby shower itu boleh dilihat menerusi rakaman Snapchat yang mana tetamu menunjukkan dekorasi lokasi tersebut yang dihiasi bunga blossom serta koleksi wangian terbaru Kim untuk KKW Beauty.
Pada hari Ahad pula, Kylie dan teman lelakinya Travis Scott juga disahkan mengadakan majlis baby shower di kediaman mereka di Hidden Hills menurut kata sumber meskipun rancangan model terkenal itu dikatakan cukup privasi dan tidak didedahkan di media sosial.
Kata sumber lagi, tema baby shower Kylie adalah pajama party, sama dengan tema majlis baby shower Kim pada tahun lalu ketika menantikan kelahiran bayi keduanya iaitu Saint.
Sumber lain mengesahkan yang mana keluarga Kylie termasuklah Kim turut hadir pada majlis itu serta menyatakan yang mana Kylie telah lama merancang untu parti baby shower itu dan kemudian Kim mengambil keputusan untuk mengadakan sambutan itu pada minggu yang sama dengan Kylie.
“Ia adalah keputusan di saat akhir. Tetamu menerima jemputan pada awal minggu ini. Ia merupakan sebuah majlis yang cukup sederhana dengan keluarga dan kawan rapat sahaja,” jelas sumber tentang sambutan baby shower Kim.
Ibu tumpang buat Kim tidak dapat hadir ke majlis itu yang mana dirancang oleh Mindy Weiss. Meskipun agak sukar untuk dipercayai yang mana Kylie tidak langsung merakam detik majlis baby shower itu di Snapchat seperti biasa, ia tidak mengejutkan kerana bulan lalu Kylie pernah dilihat berkongsi satu berita di Snapchat berbunyi “still wants to keep a low profile” dan “prefers to stay home“.