Kekayaannya kini mencecah USD900Juta dan tidak lama sahaja lagi, dia bakal bergelar billionaire termuda di dunia yang berjaya mengalahkan Bill Gates dan Mark Zuckerberg.
Gambar : TPGimages
Bintang realiti TV berusia 20 tahun (bakal memasuki 21 tahun pada Ogos ini) yang kini mogul kecantikan ini bakal menjadi billionaire termuda di dunia menurut Forbes. Perniagaan produk kecantikan Kylie iaitu Kylie Cosmetics berjaya mengaut keuntungan lebih dari USD630juta di pasaran sejak ia bermula dan ia bernilai anggaran USD800juta.
Dalam pendedahan Forbes mengenai Kylie, ibu muda yang dikurniakan seorang anak dengan teman lelakinya, Travis Scott itu memiliki dengan sepenuhnya syarikatnya itu dan dari situ dapat dilihat personal profit yang kian meningkat.
Kylie memperoleh pendapatan tambahan menerusi kemunculan di kaca TV, endorsement produk, kolaborasi sniker Puma dan rangkaian jenama pakaian Kendall Jenner’s PacSun. Dia dianggarkan telah menerima kira-kira USD60 juta (£ 45.4m) dari usaha yang disebutkan itu.
Kakaknya, Kim Kardashian juga pernah memasuki senarai wanita ‘self-made‘ terkaya di dalam Forbes, yang mana outlet miliknya dikatakan bernilai lebih kurang USD500juta, namun ia kurang berbanding Kylie.
Empayar kecantikan Kylie kian meningkat naik masa ke masa. Berikut adalah kenyataan berhubung kekayaan milik Kylie dan bagaimana dia bakal menjadi wanita billionaire di dunia tidak lama lagi.