Bagaimana Kylie Jenner menjadi yang terkaya?
Kylie Jenner memiliki syarikat perniagaan sendiri iaitu Kylie Cosmetics, jenama produk kecantikan yang cukup berjaya, yang mana dia memegang sepenuhnya syarikat itu termasuklah segala keuntungan. Menurut Forbes, syarikat Kylie itu mempunyai hanya tujuh orang pekerja sepenuh masa dan lima orang pekerja separuh masa.
Syarikat itu menggunakan khidmat sumber luar untuk pembuatan dan pembungkusan dari Seed Beauty, mempunyai Shopify yang menguruskan jualan dan fulfillment serta membayar 10 peratus kepada ibunya, Kris Jenner dalam mengendalikan urusan kewangan dan berkaitan hubungan awam dari aspek perniagaan.
Ketika tahun pertama, syarikat Kylie dilihat mencecah pendapatan sehingga USD307juta. Jenama itu berjaya mengaut sebanyak USD330juta pada tahun 2017 dan kemudian bernilai USD800juta menurut Forbes pada tahun 2018.