Koleksi musim panas Kylie Cosmetics
Kylie Jenner melancarkan koleksi musim panas untuk Kylie Cosmetics menerusi Instagram awal minggu lalu. Bintang realiti itu mendedahkan lipstik matte bullet, glitter gloss dan lipstik matte liquid dalam rona terbaru musim panas ini.
Rangkaian produk kecantikannya untuk musim panas ini bakal termasuk dengan palet pembayang mata terbaharu. Palet itu sebenarnya secara senyap-senyap telah didedahkan di dalam tutorial solekan Kylie di YouTube Vogue. Ia telah digunakan sebelum Kylie berkongsi informasi penuh mengenai palet itu di Snapchat.
Palet pembayang mata baharu Kylie bercirikan 14 rona pembayang mata berbeza seperti merah menyala, oren, coklat dan tona keemasan. Setiap rona diberikan nama berunsurkan musim panas seperti Pool Day, Melon, Sunkiss dan Beach Babe.