Kylie Jenner yang baru bergelar ibu ini berkongsi nama unik anaknya kepada umum. Boleh kata sejak kelahiran bayi pertama mogul kecantikan ini, ramai peminatnya yang tidak sabar untuk melihat dan mengetahui perkembangan terkini tentang anak Kylie dan Travis Scott itu.
Keluarga Kardashians secara rasminya menyambut kehadiran seorang lagi ahli keluarga mereka : Stormi. Kylie mendedankan nama anak perempuannya itu menerusi laman Instagram pada hari semalam dengan memuat naik sekeping gambar jemari bayi comel itu menggenggam jarinya.
Gambar tersebut memaparkan di mana anak kepada bintang realiti tv itu memakai pakaian serba pink. Kylie menulis kapsyen ringkas, “Stormi Webster” dengan menambah emoji bidadari.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Jenner melahirkan anak perempuannya bersama Travis Scott pada 1 Februari lalu. Bintang ini sebelum ini tidak pernah mengesahkan berita kehamilannya kepada umum, sebaliknya berkongsi terus akan berita kelahiran anak pertamanya.