Kylie Jenner selamat melahirkan bayi sulungnya yang ditemani ahli keluarganya serta teman lelakinya sendiri, Travis Scott. Bahkan, bintang Keeping Up With The Kardashian ini sempat memohon maaf kerana merahsiakan berita kehamilannya sebelum ini.
Setelah berbulan menutup cerita tentang kehamilannya, Kylie kini selamat bergelar ibu. Bintang realiti tv dan mogul kecantikan ini melahirkan bayi perempuan pada Ahad, 1 Februari. Berita itu disahkannya sendiri menerusi laman Instagram.
Bayi sulungnya itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.8kilogram pada jam 4.43 petang waktu Los Angeles. Dengan lahirnya bayi tersebut, ia merupakan bayi pertama buat Jenner dan teman lelakinya, Travis Scott.
Menerusi akaun Instagram milik Jenner, dia sempat menulis permohonan maaf kerana merahsiakan proses kehamilannya dari umum. Tulisnya ;
“Saya memohon maaf kerana membiarkan anda semua dibelenggu pelbagai persoalan dan spekulasi. Saya faham yang sebelum ini saya sentiasa membawa anda semua mengikuti perjalanan hidup saya. Saya memilih untuk tidak menunjukkan proses kehamilan saya kepada dunia. Saya tahu dan saya letakkan pada diri saya yang mana saya perlu bersedia untuk memegang peranan besar dalam hidup saya ini dengan semangat yang positif, bebas tekanan serta dengan cara yang sihat. Ia tiada sebarang momen untuk mengejutkan sesiapa, tiada sebarang perancangan. Saya tahu yang bayi saya akan berasa tertekan dan beremosi, jadi saya memilih untuk jalan ini untuk si kecil saya dan demi kebahagiaan kami. Proses hamil terlalu indah, menyalurkan kuasa dan pengalaman perubahan hidup yang terbesar sekali saya pernah rasa dan saya pasti akan merindui momen itu. Saya menghargai setiap pertolongan yang dihulurkan dari rakan-rakan dan terutamanya keluarga saya kerana membuatkan momen istimewa ini secara privasi dan lebih peribadi. Bayi perempuan saya yang cantik dan sihat ini selamat dilahirkan pada 1 Februari dan saya sudah pasti tidak sabar untuk berkongsi nikmat ini. Saya tidak pernah berasa cinta dan gembira seperti ini yang mana tidak dapat saya gambarkan. Terima kasih kerana memahami,” tulis Jenner.
Jenner turut berkongsi video dokumentari kehamilannya yang berjudul To Our Daughter. Ia termasuklah sebuah klip video di mana dia dan bayinya berada di dalam bilik bersalin selepas selamat melahirkannya. Menerusi video arahan Tyler Rose itu, Jenner menunjukkan proses kehamilannya sehingga melahirkan. Bahkan, ada juga diantara klip video yang memaparkan momen di mana Jenner buat pertama kalinya berjumpa dengan bayi ketiga kakaknya, Kim Kardashian West yang dinamakan Chicago West.
Yang pastinya, pasangan Jenner dan Travis masing-masing sangat teruja akan kelahiran ini sejak dari proses kehamilan lagi. Sumber terdekat kepada keluarga Jenner mengatakan “ia tidak dijangka tetapi telah menjadi momen yang paling bermakna. Semua orang gembira untuk Jenner. Ini adalah momen di mana dia sangat gembira.”
Bahkan, sumber terdekat dengan Travis sebelum ini menyatakan yang rapper berusia 25 tahun ini mula berhubungan pada awal 2017 dan kemudian mula berkongsi berita kehamilan itu dengan rakan-rakannya pada bulan Julai, “Dia sangat teruja sehinggakan dia tidak dapat menyembunyikannya. Dia sangat penyayang dan sentiasa melindungi Kylie sejak mereka mengetahui berita kehamilan itu. Dia nyata tidak sabar untuk bergelar bapa.”