Forbes baru saja mengeluarkan senarai tahunan World’s Billionaire mereka. Kylie Jenner nampaknya masih lagi memegang takhta sebagai “self-made” billionaire untuk tahun ini.
Antara bisnes yang menyumbang kepada kekayaan Kylie adalah Kylie Skin, Kylie Cosmetics dan reality show keluarganya, Keeping Up With The Kardashians. Kylie adalah salah seorang daripada 2,095 individu di dunia yang mempunyai ten-digit fortune.
Walaubagaimanapun, ramai pihak di luar sana yang mempertikaikan anugerah ini. Forbes menjelaskan “Kylie tidak mewarisi bisnesnya” sebab itulah dia didefinisikan sebagai “self-made”. Kylie pernah berkata, “Saya tak boleh katakan saya lakukannya seorang. Jika ia hanya tentang kewangan, ya, saya tak mempunyai wang yang diwarisi. Tetapi saya menerima banyak pertolongan dan platform yang besar.”
Ramai pihak yang mengecam Forbes kerana mengeluarkan senarai ini pada waktu ini, tetapi mungkin ada kebaikannya. Contohnya, individu-individu ini adalah figura berpotensi yang boleh menyumbang kepada Covid-19.