Kini dilaporkan hamil empat ke lima bulan, Kylie Jenner sudah habis berbelanja sebanyak $USD70,000 untuk persiapan menyambut bayi pertamanya.
Kylie dikatakan dalam misi untuk memastikan anak perempuannya nanti mempunyai fesyen bayi yang paling mewah dan dia memperuntukkan wang sebanyak itu hanya di rumah sahaja.
Sumber terdekat dengan Jenner memberitahu TMZ yang mana selebriti muda itu kini mempunyai habit membeli barangan bayi secara atas talian. Kylie melayari setiap laman web yang menjual pakaian bayi rekaan pereka fesyen serta aksesori.
Dikhabarkan yang dia setakat ini telah memenuhi satu almari besar dengan barangan persiapan bayi dan ada banyak lagi yang akan dibeli. Bintang Keeping Up With Kardashians itu juga dikatakan sempat meneroka beberapa butik di San Fernando Valley.
Bukan hanya Kylie seorang, malah teman lelakinya, Travis Scott dilaporkan juga sudah berbelanja lebih dengan membeli perabot mewah demi menyambut ketibaan anak sulung mereka itu nanti.
“Travis telah mengubah sebuah bilik tidur di rumahnya menjadi sebuah nurseri yang cantik. Dia juga mendapatkan beberapa karya seni yang dikatakan bakal diletakkan di bilik itu. Nyata yang Travis sedang mempersiapkan diri untuk bergelar bapa,” kata sumber.