Filem House Of Gucci yang telah lama dinantikan peminat bakal menghiasi layar perak tidak lama lagi.
Diarahkan oleh sutradara Ridley Scott, filem jenayah biografi ini diadaptasi daripada kisah benar yang ditulis oleh Sara Gay Forden menerusi buku The House of Gucci: A Sensational Story of Murder, Madness, Glamour, and Greed pada 2001.
Menerusi filem ini, Gaga disunting untuk memegang watak utama sebagai Patrizia Reggiani yang mengupah seorang pembunuh untuk menembak mati bekas suaminya, Maurizio Gucci – mogul fesyen dan cucu kepada pereka fesyen terkenal, Guccio Gucci pada 1995.