Menceritakan pengalamannya membintangi filem itu, Gaga berkata dia mempunyai cara tersendiri untuk menjiwai watak Patrizia yang terkenal dengan jolokan Black Widow.
Apa yang dilakukannya adalah dengan tampil menyerupai wanita itu – mewarnakan rambutnya dengan rona hitam, menjadikan fotografi sebagai hobi dan bercakap dengan loghat Itali sepanjang masa.
Sembilan bulan tanpa henti penyanyi yang memenangi Oscar menerusi filem pertamanya, A Star Is Born itu bercakap dengan loghat Itali tidak kira sama ada di hadapan kamera mahupun dalam kehidupan realiti.
