Disebabkan terlalu menjiwai watak, Gaga mengakui dirinya mengalami pergelutan psikologi kala penggambaran hampir tamat.
“Ketika di hotel, saya bercakap dan hidup seperti Patrizia. Ketika di set penggambaran juga begitu. Pernah sekali saya keluar berjalan kaki untuk mengambil angin di Itali sambil memakai topi. Saya sangkakan saya berada di lokasi penggambaran!,” ujarnya.
Tambahnya, Patrizia hidup dalam dirinya selama setahun setengah sehingga sukar untuknya kembali ke dunia realiti.