Dan baru-baru ini, pelantun lagu Shallow itu akhirnya tampil mempertahankan keputusannya untuk tidak bertemu Patrizia dari awal hingga tamat penggambaran.
“Saya berasakan saya hanya mampu memberi yang terbaik jika mendekati watak ini dengan cara tersendiri. Bermakna tiada siapa yang boleh datang kepada saya dan bercerita siapakah Patrizia Reggiani, termasuk Patrizia sendiri.”
Malah Gaga enggan membaca buku The House Of Gucci yang dijadikan rujukan untuk filem itu. “Saya tidak mahu hasil karya itu atau apa sahaja mempengaruhi pemikiran saya dalam apa cara sekalipun,” jelasnya.
Foto: GC Images