Menerusi dokumentari keluaran Netflix yang berjudul Gaga : Five Foot Two, Lady Gaga menceritakan segala perihal peribadinya termasuklah sebab kenapa dia memutuskan pertunangan dengan aktor kacak, Taylor Kinney.
Dokumentari akan datang di Netflix itu bakal membuat pembukaan dengan shot terbaik akan penyanyi popular dunia ini sedang digantung di udara ketika memasuki pertunjukan separuh akhir Super Bowl LI.
Dari situ, filem yang dipertontonkan di tayangan perdana di Toronto International Film Festival pada Jumaat lepas menjejaki bintang pop itu menerusi tahun yang penuh emosi membawa kepada pelancaran album terbarunya yang berjudul Joanne.
Dari babak pertama di dalam dokumentari itu, ia jelas memaparkan isu dalam pertunangan Gaga dan aktor, Taylor Kinney.
“Saya dan Taylor sedang bergaduh, jadi ia amat menyakitkan,” akuinya ketika sedang memasak di dapurnya.
Kemudian, selepas perpisahan mereka pada bulan Julai 2016, ternyata Gaga sedih sehingga menitiskan air mata.
“Kehidupan cinta saya baru sahaja berakhir,” katanya.
Meskipun begitu, mereka dilihat masih mesra bersama. Ketika hari berlangsungnya gig Super Bowl, Gaga telah menerima sejambak bunga dari bekas tunangnya itu.
Five Foot Two juga memaparkan penyanyi berusia 31 tahun itu berlawan dengan sakit kronik. Gaga menerangkan yang dirinya masih menderita masalah kekejangan otot dari kecederaan di bahagian pinggangnya yang sehingga terpaksa membatalkan jelajahnya pada 2013, the Born This Way Ball.
Ada kala kesakitan yang dialaminya sangat kritikal sehingga membuat dirinya menangis tanpa henti, walaupun dia pasti menyatakan penghargaannya terhadap doktor dan team yang sentiasa berada di sekelilingnya.
Babak yang paling bermakna di dalam filem itu adalah pabila Gaga membahaskan perselisihannya dengan bintang pop, Madonna.
“Dia tidak akan memandang saya dan menyatakan yang saya ini reduktif,” kata penyanyi Poker Face itu menambah yang dia mendapat tahu yang Ratu Pop 2012 itu sentiasa mengelak dari menonton dirinya di kaca tv.
“Telling me you think I’m a piece of s–t through the media? It’s like a guy passing me a note through his friend,” tambah Gaga lagi menerusi dokumentari itu.
Gaga atau nama sebenar Stefani Germanotta kemudian menerangkan yang Madonna sebenarnya adalah idolanya sebagai seorang warga Itali yang membesar di New York.
Dia juga menyatakan yang mana penyanyi pop itu telah pun meminta maaf, namun Gaga tidak pasti jika dia mahu kembali percaya terhadap bintang itu.
Dokumentari yang diarahkan oleh Chris Moukarbel itu juga memberikan pendedahan tidak bertapis ke dalam kehidupan sebenar penyanyi Bad Romance itu termasuklah anak pembaptisannya serta kembaranya ke Walmart untuk membeli CD album miliknya sendiri.
Filem tersebut berakhir dengan dedikasi kepada Sonja Durham, sahabat baik Gaga yang tewas melawan kanser tahap empat pada bulan Mei lalu.
Gaga : Five Foot Two bakal bermula di tayangkan di Netflix pada 22 September nanti.