Grammy 2026 is back!
Sah! Pentas anugerah Grammy 2026 bakal menjadi medan pertembungan bintang global antaranya Lady Gaga, ROSÉ dan Tyler, The Creator diumumkan sebagai artis yang akan membuat persembahan.
Pengumuman terbaharu daripada The Recording Academy ini sekali gus menaikkan lagi keterujaan peminat menjelang malam anugerah paling berprestij dalam dunia muzik itu.
Grammy 2026 akan berlangsung pada Ahad, 1 Februari 2026 di Crypto.com Arena, Los Angeles, dengan siaran langsung di CBS serta penstriman di Paramount+.
Pemenang sebanyak 14 kali Anugerah Grammy, Lady Gaga hadir dengan aura dominasi apabila dicalonkan dalam tujuh kategori utama, termasuk Record Of The Year dan Song Of The Year menerusi lagu Abracadabra, selain Album Of The Year untuk album MAYHEM. Persembahan Gaga dijangka menjadi antara momen paling dinanti malam itu.
Sementara itu, ROSÉ mencuri tumpuan sebagai calon Grammy buat kali pertama apabila lagu APT. melayakkan namanya tercalon dalam tiga kategori besar.
Turut menyertai barisan persembahan ialah Tyler, The Creator, pemenang dua Grammy yang menerima enam pencalonan tahun ini, termasuk kategori Album Of The Year dan Best Rap Album menerusi CHROMAKOPIA.
Selain trio ini, Grammy 2026 turut menampilkan deretan artis popular seperti Justin Bieber, Sabrina Carpenter, serta segmen khas Best New Artist yang menghimpunkan bakat baharu seperti Addison Rae, Olivia Dean dan The Marías. Segmen In Memoriam pula bakal menyentuh emosi dengan penghormatan khas kepada legenda muzik yang telah pergi.
Barisan persembahan Grammy 2026 setakat ini
- Addison Rae, Alex Warren, KATSEYE, Leon Thomas, Lola Young, Olivia Dean, SOMBR dan The Marías dalam segmen khas Best New Artist
- Justin Bieber, Sabrina Carpenter
- Ms. Lauryn Hill dalam segmen In Memoriam
- Post Malone, bersama Andrew Watt, Chad Smith, Duff McKagan dan Slash bagi penghormatan kepada Ozzy Osbourne
- Reba McEntire, Brandy Clark dan Lukas Nelson dalam segmen penghormatan khas
Baca: 9 Gaya Karpet Merah Grammy Paling Ikonik Sepanjang Zaman
