Rata-rata sudah mengetahui hubungan cinta Shila Amzah dan pelakon Sharnaaz Ahmad. Baru sahaja reda dengan kontroversi di laman sosial Twitter yang dicetuskan oleh Sharnaaz kerana dikatakan cemburu dengan persembahan Shila bersama Taufik Batisah pada malam Anugerah Planet Muzik, pasangan kekasih ini sekali lagi menjadi buah mulut peminat industri muzik tanah air. Dan kali ini, bapa Shila, ND Lala pula mula campur tangan.
Cerita bermula apabila Sharnaaz dikatakan mengetepikan ibu bapa Shila kerana berkeras untuk melamar teman wanitanya itu walaupun dihalang ibu dan bapa Shila yang takut lamaran itu akan mengganggu perjalanan karier seni Shila. Menurut ND Lala lagi, tindakan Sharnaaz secara terbuka mengumumkan Shila sebagai bakal isterinya adalah sangat memalukan dan soal kahwin bukanlah hal kecil yang boleh dipandang remeh.
Sebelum ini Sharnaaz pernah membuat kenyataan secara terbuka bahawa dia sememangnya mengongkong Shila kerana Shila adalah bakal isterinya. Membalas kenyataan ND Lala, Sharnaaz menegaskan dia pasti akan membawa ibu bapanya berjumpa ND Lala dan isteri jika dia mahu datang merisik dan dia sememangnya sudah bersedia untuk itu. Sharnaaz juga mahu hal peribadi diselesaikan secara peribadi dan tidak mahu ia digembar-gemburkan media.
SHILA & DATO’ SITI TERCALON DI WORLD MUSIC AWARDS >>
KEKASIH NEELOFA JUTAWAN AUTOMOTIF? >>