Dimuat naik pada 9 Julai lalu sempena ulang tahun kelapan ARMY, ia merupakan sebahagian daripada pelancaran CD Butter yang hadir dalam dua pilihan, Cream dan Peaches.
Permission To Dance menyertai senarai pecah rekod BTS iaitu Butter dan Dynamite yang mencipta sejarah sebagai lagu yang meraih 10 juta tontonan YouTube selepas hanya beberapa minit dilancarkan.
Butter yang baru dilancarkan Mei lalu kini merupakan salah sebuah lagu BTS paling popular dengan rekod 108.2 juta tontonan selepas 24 jam dilancarkan.