Ia juga mengungguli carta Billboard Hot 100 selama enam minggu berturut-turut. Butter dan Dynamite kedua-duanya tersenarai sebagai lagu yang paling banyak dimuat turun di Amerika Syarikat.
Permission To Dance ditulis bersama oleh Ed Sheeran dan Johnny McDaid (Snow Patrol) dengan kerjasama penulis lirik Butter iaitu Steve Mac, Steve Kirk dan Jenna Andrews.
Ia merupakan kolaborasi terbaharu antara BTS dan Ed Sheeran yang sebelum ini pernah menyumbang bakatnya untuk Make It Right pada 2019.
Foto: BTS