“Saya teruja tetapi tidak tahu bagaimana untuk melakukannya,” katanya, sebelum Jamie memanggil Tom Brady untuk berkongsi cara membuat kemunculan semula selepas persaraan.
Tom mencetus perbualan hangat awal tahun ini apabila mengumumkan untuk bersara daripada National Football League (NFL) namun kembali menyertai Tampa Bay Buccaneers hanya selepas 40 hari.
Setakat ini tidak banyak maklumat didedahkan mengenai filem tersebut namun portal Deadline menggelarnya sebagai komedi aksi dan ia bakal memulakan penggambaran pada hujung tahun ini. Sutradara Horrible Bosses, Seth Gordon bertindak sebagai penulis skrip, penerbit dan pengarah untuk filem tersebut.
Ini merupakan gandingan ketiga Cameron bersama Jamie selepas drama Any Given Sunday (1999) dan Annie (2014).