Angka dakwaan yang dibuat ke atas penerbit filem terkenal di Hollywood, Harvey Weinstein semakin meningkat. Bertahun lamanya sejarah gangguan seksual yang dihadapi lebih 30 orang wanita ini dipendamkan dari pengetahuan umum, kini segala rahsia buruk Weinstein terbongkar.
Menurut pakar perundangan di Amerika Syarikat, Weinstein boleh berhadapan lima hingga 25 tahun penjara atas tuduhan gangguan seksual jika tuduhan terbaru diusulkan di mahkamah jenayah.
Penerbit Hollywood yang dituduh melakukan gangguan seksual dan rogol oleh segelintir wanita di serata dunia boleh didakwa di kota New York atas tuduhan pada tahun 2004 yang terperinci dalam siasatan yang dijalankan oleh New Yorker yang diterbitkan pada Selasa lalu.
Berikut adalah tuduhan yang dilemparkan ke atas Harvey Weinstein.