Siapa yang tak terkejut pabila secara tiba-tiba telefon atau barangan peribadinya di rampas begitu sahaja tanpa sebarang peringatan? Itulah yang terjadi kepada Ayda Jebat baru-baru ini.
Sabtu lalu, pusat beli-belah Paradigm Mall di Petaling Jaya telah digegarkan dengan kehadiran selebriti undangan dari Korea Selatan, Lee Kwang Soo.
Kwang Soo telah dijemput hadir ke program realiti, Running Man Challenge – Hydrated By 100Plus yang juga dihadiri oleh beberapa orang selebriti tanah air termasuklah Ayda Jebat, Saharul Ridzwan, Hairul Azreen dan Ajak Shiro.
Kehadirang bintang realiiti televisyen Running Man semestinya yang dinanti-nantikan oleh ramai peminatnya di Malaysia. Boleh kata siapa yang tak mahu mengambil gambar bersamanya bukan? Namun, niat Ayda yang ingin berselfie bersamanya tergendala pabila telefon miliknya telah dirampas secara tiba-tiba oleh seorang pengawal keselamatan di tempat kejadian.
Insiden tersebut berlaku begitu pantas dan sehinggakan membuatkan Ayda kelihatan tergamam tanpa kata-kata. Insiden rampasan tersebut telah membuatkan selebriti lain turut terkejut termasuklah Kwang Soo.
https://twitter.com/afqsyf/status/802515171620974593
Kwang Soo yang sememangnya profesional dan sentiasa ingin melayan baik peminatnya terus bergegas mendapatkan kembali telefon milik Ayda dan meminta untuk mengambil selfie semula.
Menerusi laman Twitter Ayda, dilihat ramai peminat-peminatnya yang mengutarakan rasa terkejut dan marah akan tindakan pengawal tersebut yang tidak memberikan kata peringatan terlebih dahulu. Ayda turut meluahkan rasa tidak puas hatinya itu di dalam Twitter nya.
You r so damn rude!
— Ayda Jebat (@Ayda_Jebat) November 26, 2016
Wtf he got no right sak to rampas your phone like that je??? I mean kalau ye pun cakap lah baik2? @Ayda_Jebat
— Nazlyn Elyana (@nazlynramely) November 26, 2016
https://twitter.com/ayda_amyzahrah/status/802480732522168321