Oleh: Farhana Fuad
Gambar dan video: LINE
Sempena pelancaran LINE Mileage di Malaysia, Lee Kwang Soo turut diperkenalkan kepada umum sebagai wajah utama program ganjaran ini. Aktor terkenal melalui program realiti Running Man dari Korea ini akan dapat dilihat dengan aksi-aksi lucunya dalam siri iklan yang akan melanda Malaysia. Lebih mengujakan, LINE berkongsi klip video disebalik tabir Lee Kwang Soo cukup menghiburkan ini.
“Saya gembira dapat bertemu dengan peminat di Malaysia melalui peluang dengan LINE Malaysia ini. Saya berharap semua orang dapat menikmati ganjaran yang paling menarik melalui LINE Mileage semasa berbual dengan LINE!” kata Lee Kwang Soo.
LINE Mileage menjanjikan ganjaran yang istimewa buat penggunanya. Setiap satu mesej yang yang dihantar melalui LINE tidak kira dalam bentuk teks, pelekat atau sticons, pengguna akan menerima 1 Friendship Point yang akan dikumpul ke dalam BCARD mereka dan boleh ditebus untuk mendapatkan ganjaran.
Dengan hanya berbual melalui aplikasi LINE, pengguna berpeluang menikmati dan mendapat ganjaran dari pelbagai jenama gaya hidup mewah termasuk Starbucks, Chatime, Zalora, Lazada dan banyak lagi. Semua pengguna LINE juga akan mendapat 300 Friendship Point yang bersamaan dengan RM3 dari 16 April hingga 26 April sebagai hadiah alu-aluan.
Ikuti langkah-langkah berikut untuk menyertai LINE Mileage dan menerima mata untuk ganjaran.
Langkah 1
Hantar satu mesej LINE kepada rakan anda untuk menerima 1 Friendship Point (1 LINE mesej = 1 Friendship Point)
Langkah 2
Masukkan nombor akaun BCARD anda dalam papan pemuka LINE Mileage di bawah ” My BCARD”. BCARD boleh didapati tanpa sebarang kos di Starbucks, Chatime, Caltex, Cosway dan di beberapa outlet lain.
* Klik link untuk senarai penuh lokasi outlet http://r.line.me/lMzz
Langkah 3
Apabila anda mengumpul 1000 Friendship Point, pindahkannya ke BCARD anda untuk menerima 1000 mata BCARD bernilai RM10.
Langkah 4
Tebus mata BCARD anda dan nikmatilah ganjaran dari pelbagai jenama!
*Klik link untuk senarai penuh jenama di http://r.line.me/lMzz
Tonton video Disebalik Tabir penggambaran bersama Lee Kwang Soo