Oleh: Farhana Fuad
Gambar: starkoreandrama.org
Aktres Korea, Lee Min-Jung dilaporkan bakal membintangi sebuah drama SBS tidak lama lagi. Istimewanya lagi, Lee Min-Jung bakal digandingkan bersama aktor pujaan ramai, Rain.
Kedua-dua selebriti ini bakal bergandingan untuk drama berjudul ‘Please Come Back, Mister’. Ianya disahkan sendiri oleh agensi yang menguruskan Lee Min-Jung.
Lee Min-Jung bakal memegang watak sebagai Shin Da Hye, seorang pekerja di sebuah pusat kecantikan dan juga seorang bekas model yang bersara selepas berkahwin dan menjadi seorang isteri yang hebat buat keluarganya. Selepas kematian suami secara tiba-tiba, dia kembali bekerja di kedai tersebut dan tidak lama setelah itu dia mula jatuh cinta pada pengurus cawangan kedai tersebut, Lee Hae Joon (Rain) yang memberikan sekali lagi peluang untuk kehidupannya setelah bekerja terlalu kuat pada fasa kehidupannya yang lalu.
Ianya diadaptasi serba sedikit dari novel berjudul Mr. Tsubakiyama’s Seven Days hasil tulisan penulis dari Jepun, Asada Jiro. ‘Please Come Back, Mister’ dijangka bakal mula ditayangkan selepas ‘Remember’ yang bakal tamat pada hujung Februari ini.