Lee Seung Gi dan Lee Da In kini bergelar ibu bapa!
Kembali pada tahun lalu pada 1 November 2023, Lee Seung Gi dan Lee Da In mengumumkan berita bahawa mereka sedang mengandung dan bakal menanti kehadiran cahaya mata sulung pada awal tahun 2024.
Dan kini pada 6 Februari, agensi Seung-gi berkongsi kenyataan berikut, “Kami ingin menyampaikan berita gembira bahawa pasangan Seung-gi dan Lee Da In telah melahirkan seorang anak perempuan pada petang 5 Februari kelmarin”
Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat dan Lee Seung Gi menyampaikan berita bahawa dia bersyukur dan gembira kerana kehidupan baharu (bergelar bapa) adalah paling berharga.
Menurut agensi lagi, Seung-gi berterima kasih pada peminatnya kerana menghormati dan memberi sokongan sepanjang karier sehingga ke perkahwinan mereka.
Tambah agensi Seung-gi, Human Made, berkongsi bahawa pelakon itu kini lebih berhati-hati dengan jadual kerjayanya sementara ingin menumpukan perhatian kepada keluarga kecil, namun bersyukur dengan pemahaman pengurusan syarikat filem-drama dan juga mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menunjukan sokongan tanpa henti.
Selepas pertama kali mendedahkan hubungan mereka kepada umum pada Mei 2021, Lee Seung Gi dan Lee Da In mengadakan majlis perkahwinan mereka secara tertutup pada 7 April 2023 dengan dihadiri ramai bintang dan keluarga rapat.
Pasangan bintang Korea itu berkahwin di Hotel The Grand Intercontinental Seoul Parnas di Gangnam. Seung-gi terkenal dengan lagu hitnya seperti; ‘Because You’re My Woman, Will You Marry Me, dan Return’.
Dia juga membintangi rancangan K-drama yang popular seperti ‘My Girlfriend is a Gumiho, Vagabond, A Korean Odyssey, Mouse, dan The Law Café.’
Lee Da In merupakan anak perempuan kepada pelakon Kyeon Mi Ri, membuat penampilan sulungnya dalam drama tvN Twenty Years Old 2014 dan terkenal dengan wataknya dalam Alice, Come and Hug Me, dan Dr. Prisoner. Baru-baru ini, dia juga membintangi drama MBC Lovers.