Oleh: Nur Sofea
Semalam telah berlangsungnya majlis pembukaan cawangan jenama street fashion Korean di Parkson Pavillion, Kuala Lumpur. Majlis ini dimeriahkan dengan tetamu jemputan istimewa dari Korea iaitu ahli Super Junior, Lee Teuk dan Kang In.
Pusat membeli-belah itu dibanjiri dengan kehadiran para peminat yang bukan sahaja memenuhi aras 2 tapi setiap aras pusat beli-belah itu dibanjiri para peminat yang ingin bertemu dengan artis pujaan mereka sehingga ada yang beratur sejak malam sebelumnya dan awal pagi sebelum acara berlangsung.
Turut merasmikan majlis ialah Tan Sri William Cheng, Pengerusi Lion Group, Puan Sri Chelsia Cheng, Pengerusi Lion-Parkson Foundation, Ms Vivien Cheng, Pengarah Eksekutif Retail Parkson Asia, Ms Park Sung Kyung, Timbalan President E-Land Group, Ms Joyce Yao, CEO Retail Pavilion KL dan juga wakil dari Parkson dan E-Land.
Majlis dimulakan dengan ucapan rasmi dari Puan Sri Chelsia Cheng dan kemudian diteruskan dengan acara penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada Ms Park Sung Kyung,
Acara kemudian diteruskan dengan pertunjukkan fesyen dari tiga jenama terbabit.
Kehadiran Lee Teuk dan Kang In disambut dengan sorakan meriah dari para peminat dan acara diteruskan dengan sesi temu bual bersama dua bintang K-Pop itu.
“SPAO dan Super Junior telah bekerjasama sejak dulu lagi. Secara teknikal, SPAO dan Super Junior adalah satu,” kata Lee Teuk yang merupakan duta rasmi jenama tersebut.
“Setiap kali saya bekerja di luar negara, saya akan mengenakan pakaian daripada jenama SPAO kerana ia sangat santai dan selesa,” kata Kang In.
Acara diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada 10 peminat bertuah dan sesi autograph untuk pembeli yang bertuah.
Menyambut ulang tahun ke-10 Super Junior, lee Teuk dan Kang in berharap dapat berkumpul sebagai kumpulan lengkap bersama peminat mereka di Malaysia satu hari nanti.
Acara berakhir dengan upacara memotong reben oleh VVIP sekali gus merasmikan pembukaan cawangan SPAO, Mixxo dan Who A.U di Malaysia secara eksklusif hanya di Parkson Pavillion.