Lee Zii Jia membuktikan kehebatannya di gelanggang badminton dengan membenam juara dunia, Loh Kean Yew.
Dengan kemenangan 5-0, keputusan skuad Malaysia memilih Zii Jia sebagai perseorangan pertama untuk menentang pasukan dari Singapura di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2022 nyata membuahkan hasil.
Dalam perlawanan yang berlangsung selama 30 minit, bintang kelahiran Alor Setar, Kedah itu secara mudahnya menewaskan pihak lawan dengan 21-6, 21-14, sekali gus mencerahkan peluang Malaysia untuk mara ke separuh akhir.
Ia menandakan kemenangan ketiganya daripada lima perlawanan menentang Kean Yew yang merupakan atlet kelahiran Pulau Pinang.
Pertemuan terakhir kedua-dua bintang itu adalah sewaktu pusingan akhir Terbuka Hylo di Jerman yang berlangsung pada November tahun lalu di mana Zii Jia terpaksa menarik diri akibat kecederaan.