Berada di kedudukan ketujuh terbaik dunia, kemenangan itu nyata menjadi perangsang kepada Zii Jia untuk lebih yakin selepas melalui masa sukar dengan prestasi yang tidak konsisten tahun lalu.
“Kali ini saya cuba untuk lebih fokus, tenang dan tidak terlalu beremosi sewaktu bermain seperti tahun lalu. Saya rasa seluruh rakyat Malaysia juga menantikan perlawanan ini dan saya gembira apabila meraih kemenangan.
“Sasaran tahun ini adalah untuk menstabilkan prestasi. Perlawanan ini mungkin salah satu cara untuk menstabilkan emosi saya,” katanya.
Menerusi lima perlawanan menentang Kean Yew, Zii Jia berjaya menumpaskan pemain berusia 25 tahun itu pada Cabaran Antarabangsa Smiling Fish 2016 dan Terbuka China Fuzhou 2019 namun gagal mempertahankan kemenangan pada Terbuka Perancis 2021 dan peringkat akhir Terbuka Hylo 2021.
Foto: Theborneopost
Baca: Atlet Terjun, Cheong Jun Hoong Umum Persaraan Selepas 22 Tahun