Selepas tiga tahun bercinta, pasangan D&D, David Damiano dan Dove Cameron melangsungkan perkahwinan di kampung halaman David, di Itali.
Seperti lagu Katy Perry, Legendary Lovers!, kedua-dua pasangan ini akhirnya mengikat talian perkahwinan mereka. Hubungan mereka yang romantis dan sihat disokong oleh peminat. Ini kisah cinta bagaimana vokalis Måneskin itu berjaya memikat Dove Cameron
Sebelum itu, siapa David Damiano? David Damiano merupakan rockstar berasal dari Itali. Dia adalah vokalis utama kumpulan rock Måneskin, yang memenangi Festival Muzik Sanremo 2021 dan seterusnya Peraduan Lagu Eurovision 2021 mewakili Itali dengan lagu “Zitti e buoni”. Seperti yang anda mungkin ketahui cover lagu “Beggin” itu merupakan cover dari kumpulan tersebut.
Permulaan : Penemuan Pertama
Dove Cameron pernah berkongsi di dalam sebuah temubual : dia dan Damiano David bertemu pertama kali di belakang pentas Anugerah Video Muzik MTV (VMA) 2022, di mana kedua-duanya dicalonkan untuk Artis Baharu Terbaik dan Cameron memenangi anugerah itu.
Pertemuan kedua penyanyi tersebut berlangsung hanya 15 saat! Adakah ini Love At The First Sight? Mungkin. Mereka berselisih di belakang pentas selepas pengumuman anugerah.
Dove kemudian teringat bahawa pertemuan itu tidak begitu mesra. David kelihatan jauh, dan dia menganggap dia hanya menunjukan energi yang tidak dapat didekati. Apabila difikirkan semula, dia menyedari dia sedang bergelut secara emosi pada masa itu.

Penemuan Semula : 2023
Kedua penyanyi itu bertemu satu sama lain sekali lagi setahun kemudian pada VMAS 2023, di mana kedua-duanya masih bujang dan dalam ruang emosi yang lebih baik. Kali ini, David sangat mesra dan menarik perhatian yang berbeza. Dia menjemputnya untuk menghadiri persembahan kumpulannya Måneskin di Madison Square Garden. Mereka berhubung di belakang pentas di konsert itu, diikuti dengan janji temu rasmi pertama, dan kemudian menjalin hubungan cinta secara rasmi tidak lama kemudian.
Pertunangan : Awal 2026
Pada awal tahun 2026, Dove akhirnya mengumumkan berita pertunangan dengan perkongsian di Instagram. Di ruang kapsyen dia menulis, “my favourite part of being alive 💍 happy new year.”
Manakala David membuat hantaran dengan kapsyen ” It’s gonna be a beautiful year 💍♥️.” bersama gambar yang menonjolkan cincin pertunangan mereka. Pengumuman ini membuatkan peminat berasa teruja!
Perkahwinan : September 2026
Hanya beberapa minggu lagi untuk ulang tahun ketiga tahun mereka, Dove dan Damiano mengikat tali pertunangan pada 24 September tahun ini di Montalcino, Itali. Kedua-duanya menggayakan sut Giorgio Armani di hari bersejarah ini.
Mengapa Hubungan Mereka Sihat?
- Supportive. Damiano seorang pasangan yang memberi sokongan utuh kepada Dove. Dia sering saja muncul ke set penggambaran dan juga premier filem terbaharu Dove, ’56 Days’ bagi memberi sokongan untuk pasangannya.
- Gentleman. Penyanyi asal Itali itu dikenali ramai dengan sifatnya yang budiman dan penuh hormat. Mungkin ini antara sebab mengapa dia berjaya memikat hati Dove Cameron.

