Membuka tirai 2026, EH! memperkenalkan topik digital baharu, Lelaki Bulan Ini, dan buat julung kalinya menampilkan sosok seorang pempengaruh digital yang kini mengemudi pesawat di angkasa, Adib Aidil.
Apabila mencari mengenai sosok yang paling layak (pertama) menghiasi muka hadapan Lelaki Bulan Ini, nama Adib Aidil terus terlintas di fikiran.
Beliau merupakan pencetus identiti digital dan ispirasi lelaki di platform sosial sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia.

Awal pembabitan dalam dunia digital, beliau dikenali sebagai usahawan makanan melalui jenama Banana Dibs di Kajang. Raut wajahnya yang memikat hati ramai wanita ketika itu nyata mencuri perhatian sehinggakan ramai beratur ingin melihat secara peribadi.
Kini, beliau bukan sahaja menjadi wajah digital, malah jenama fesyen ternama dan mewakili generasi digital sebagai juruterbang muda kepada sebuah syarikat penerbangan tempatan

Kejayaannya bukan sahaja diukur melalui pencapaian kerjaya, tetapi juga pengaruh yang berjaya menembusi hati generasi muda yang mencari inspirasi dan motivasi dalam dunia digital.
Kehadirannya dalam Lelaki Bulan Ini bukan sekadar selebriti, tetapi simbol aspirasi generasi baru yang mengejar impian tanpa sempadan.
Adib Aidil dalam tiga perkataan?
Positif, adventurous, pemalu.
Sisi diri yang orang tak ramai tahu.
Suka memberi. Kalau Adib happy dan selesa dengan seseorang, Adib suka belikan pelbagai perkara untuk membuatkan mereka gembira.
Apa momen paling “pinch me” dalam karier setakat ini?
Apabila Banana Dibs Adib pertama kali dikerumuni pelanggan beratur panjang. Sepanjang tiga tahun berniaga, tak pernah merasai pengalaman sebegini. I’m truly happy.
Item fesyen yang wajib ada dalam almari Adib?
Almost all the time, baggy black pants!

Lagu apa yang selalu ada dalam playlist anda sekarang?
Wantchu oleh Keshi.
Apa ciri lelaki moden yang anda rasa penting untuk ada hari ini?
Hardworking. Biar tidak kaya atau terlalu pandai, tetapi rajin berusaha dan memperbaiki diri.
Dalam dunia penuh “highlight reel” di media sosial, bagaimana anda sendiri mengurus insecurities atau perbandingan dengan orang lain?
Adib hanya tunjuk apa yang perlu dan selesa ditunjukkan, keselamatan tetap menjadi keutamaan.
Apa yang buat anda pilih kerjaya sebagai juruterbang, minat sejak kecil atau keputusan yang datang kemudian?
Sejujurnya impian utama ialah menjadi akauntan, tetapi berubah selepas terinspirasi drama Suri Hati Mr Pilot. 🙂

Ramai anggap jadi pilot itu glamor, tapi realitinya bagaimana? Apa cabaran yang orang luar tak nampak?
Mengemudi sebuah pesawat dan memegang jawatan juruterbang itu bukan sekadar glamor tetapi ia tanggungjawab besar, latihan intensif dan selalu bersedia menghadapi situasi tidak dijangka.
Apa batasan yang anda letakkan antara kehidupan profesional (pilot) dan personal di media sosial?
Di media sosial, Adib lebih relax dan cheerful. Tetapi semasa kerja sebagai juruterbang, Adib akan lebih fokus, serius, dan tunjuk keyakinan demi keselamatan penumpang.
Destinasi paling seronok anda pernah terbang?
Jakarta. Jakarta is like my second home.
Snack wajib bawa dalam beg pilot anda?
Gula gula masam. To stay awake, to stay vigilant.
DM paling pelik yang anda pernah dapat?
“Adib, boleh tak jadi plus-one saya untuk wedding my ex, 2 jam sahaja, saya bayar.”
Kalau ada cuti 48 jam sahaja, Adib akan kerja digital atau tidur?
Jika tiada digital kandungan, Adib tidur secukupnya but most of the time Adib will go to the gym.
Makanan comfort food pertama apabila sampai ke Malaysia untuk anda?
Nasi putih ayam berlado.


