Teks: Hafizan Mohd.
Gambar: Arkib EH!
Drama Ariana Rose yang pernah hangat pada satu ketika dulu nyata punya pengaruh yang cukup besar. Masakan tidak, setiap pelakon yang dipertanggungjawabkan menggalas watak yang diberi mencipta pengaruh masing-masing hanya dengan siri hangat ini. Jonathan Putra satu daripadanya yang berjaya mencuri tumpuan pengikut dunia hiburan tempatan. Cukup dikenali dengan program tv hebat untuk saluran Channel V dan The Breakfast Show, bakat ini tidak mahu berlengah lagi daripada terus mengukuhkan namanya di sini. EH! membawa anda mengenal lebih dekat pemilik nama Jonathan Meng Putra ini.
Sejak Ariana Rose ditayangkan pada tahun lalu, nama anda semakin dekat dengan showbiz tempatan. Pernah menjangkakan semua ini?
Saya tidak pernah terfikir siri ini memberi impak yang luar biasa. Apa yang saya tahu setiap seorang daripada kami yang terlibat dalam produksi ini hanya mahu yang terbaik.
Visi anda dalam bidang lakonan?
Acting is a lifelong learning process. Anda perlu menghargai kehidupan untuk betul-betul memahami watak orang lain. Tiada siapa yang boleh memberitahu saya sama ada saya boleh berjaya atau tidak tetapi apa yang boleh saya lakukan adalah untuk melaluinya dengan penuh rasa suka dan tanggungjawab.
Perihal yang paling penting dalam hidup anda sekarang?
Keluarga. Mereka sentiasa dan akan selalu menjadi keutamaan buat saya.
Maksud nama anda?
Great shining prince.
Guilty pleasure?
Lagu Call Me Maybe dari Carly Rae Jepsen. Saya tidak begitu sukakan lagu ini namun setiap kali ia diputarkan saya akan tetap enjoy dengan muziknya.
Anda percaya dengan idea kehidupan sempurna?
Tidak tetapi saya percaya kita harus sentiasa mahu menjadi insan yang lebih baik dan membantu orang lain menjadi lebih baik juga.
Perkara paling gila pernah anda lakukan?
Saya pernah ‘menunggang’ seekor jerung dan pernah bertinju dengan seekor buaya. Saya kira itu sudah cukup gila!
Situasi bagaimana boleh membuat anda mudah marah?
Bad traffic and rude people.
Idea kebahagiaan menurut anda?
Kebahagiaan adalah satu pilihan. Bergantung jika anda mahu untuk bahagia atau sebaliknya dengan apa jua situasi yang anda lalui dalam hidup.