Oleh: Hafizan Mohd.
Gambar: Keenky/Grooming: Ajam/Pakaian: Topman/Padini/Seed
Genre hip-hop tempatan tidak pernah sunyi dengan bakat baru yang hadir dengan attitude tersendiri. Sonaone satu daripadanya yang punya minat dan kebolehan tinggi dalam bidang muzik.
PENGARUH MUZIK ANDA?
Saya dibesarkan dalam keluarga yang melibatkan diri dalam bidang hiburan jadi secara tidak langsung pengaruh datang daripada mereka juga. Seingat saya pada usia sepuluh tahun saya sudah mula minat dengan muzik.
IKON DALAM BIDANG MUZIK?
Stevie Wonder dan J Dilla.
ALBUM PERTAMA YANG ANDA BELI?
Runut bunyi Space Jam
KELEBIHAN ANDA BERBANDING PEMUZIK LAIN?
Dibesarkan dalam penyatuan dua budaya – Asia dan Eropah membuatkan pemahaman dalam muzik lebih luas dan pelbagai.
INGIN DIKENALI SEBAGI PEMUZIK YANG BAGAIMANA?
Pemuzik yang kontemporari dan paling penting sentiasa relevan dengan pasaran semasa.
SIAPA YANG ANDA DENGAR SEKARANG?
Pusha T, Bodega Bamz dan Jhene Aiko.
OBSESI TERKINI?
Sentiasa muzik dan boleh dikatakan setiap hari saya mahu mencari ilham bagi menulis lagu baru.
PERKARA YANG MEMBUAT ANDA BAHAGIA?
Apabila dapat membuat orang di sekeliling saya bahagia.
CARA TERBAIK WANITA MENDEKATI ANDA?
Jadi diri sendiri dan tentu saja jika mereka pandai berjenaka.
* Lagi foto & rencana penuh dalam edisi EH! Mac 2014