Lensa EH! mengabadikan beberapa babak belakang tabir cover shoot EH! Edisi Ogos 2025. Kali terakhir EH! Tampil dengan ‘Model Issue’ adalah pada edisi November 2019, selepas enam tahun kini enam model kembali menghiasi muka depan kami.
Juju Yahya, Triseya, Kaarthini, Muqh Mazelan, Bidadari dan Zze, enam model generasi baharu yang sedang rancak membina nama mereka di dunia peragaan tanah air. Masing-masing punya tarikan tersendiri, dan yang kami perhatikan model era baru ini mereka tidak lagi terikat pada ‘rules’ konservatif untuk menjadi seorang model.
Keterbukaan masyarakat hari ini memungkinkan sesiapa saja boleh menjadi model, tak semestinya perlu tinggi, tak semestinya perlu kurus melidi, inclusivity telah membuka pintu untuk sesiapa saja untuk menjadi model. Semuanya bergantung pada usaha, rezeki dan tuah.
Bagi ‘model issue’ bulan ini, EH! berkolaborasi dengan jenama penjagaan dan penataan gaya rambut ternama, Schwarzkopf yang meraikan ulang tahun ke-25 rangkaian hairstyling OSIS. Selama 25 tahun bergerak sebagai sebuah koleksi penggayaan rambut, OSIS adalah antara pilihan utama pendandan profesional serata dunia.
Tanyalah mana-mana hairstylist profesional, mereka memang akan menyarankan anda menggunakan OSIS untuk mendapatkan hasil gaya rambut yang fabulous! Sempena ulang tahun ini juga OSIS memperkenalkan semburan rambut ikoniknya dalam botol edisi terhad, lebih besar.
Untuk penggambaran ini puluhan persalinan dan aksesori dari pelbagai jenama menjadi pelengkap gaya. Antaranya daripada Longchamp, Maje, Sandro, Coach dan Dolce & Gabbana. Konsep gaya Y2k dimesrakan dengan gaya gen-Z masa kini. Sahir Sabri, Noriana dan May ditugaskan untuk merias our cover girls and boys, dan VV Chan dan Yusof Ruzaimi menggalas peranan untuk menghasilkan dandanan rambut yang cukup bervariasi untuk cover kali ini.
lupa baca temubual penuh EH! Bersama enam model pilihan kami Juju Yahya, Zze, Muqh Mazelan, Triseya Johan, Bidadari dan Kaarthini.
BACA: Rapid Questions Bersama Triseya Johan
Jangan