Prekuel Wonka
Filem lakonan Timothee Chalamet pula menyaksikan Wonka tiba di bandar fiksyen Eropah yang merupakan pusat pembuatan coklat. Seperti Gene Wilder dan Johnny Depp dalam filem tahun 2005 berjudul Charlie and the Chocolate Factory, aktor itu turut memakai topi dan jaket panjang Wonka.
“Filem ini menceritakan kisah perit dan indah Willy Wonka. Apa erti sebenar coklat buat dirinya dan mengapa dia begitu terdorong untuk menjadi pembuat coklat disegani. Watak ini sangat memikat hati. Seronok rasanya dapat menyelami karakter ini dengan lebih mendalam dan menghasilkan sesuatu yang mungkin Roald Dahl akan persetujui jika dia cuba menulis prekuel,” kata pengarah dan penulis lakon layar Wonka, Paul King.
Selain Timothee Chalamet dan Hugh Grant, filem ini turut dibintangi oleh Olivia Colman, Rowan Atkinson, Sally Hawkins, Keegan-Michael Key, Matthew Baynton, Matt Lucas, Jim Carter, Natasha Rothwell, Simon Farnaby, Paterson Joseph, Tom Davis, Rakhee Thakrar, Justin Edwards, Colin O ‘Brien, Ellie White, Freya Parker dan Kobna Holdbrook-Smith. Ia bakal menemui penonton di layar perak pada 15 Disember 2023.
Baca: Jennifer Garner Kembali Sebagai Elektra Selepas 20 Tahun