Sambil jarinya mengetuk papan kekunci piano, Shawn meluahkan dia tidak biasa hidup bersendirian dan bergelut kerana tidak mempunyai seseorang di sisi untuk berkongsi masalah.
“Apabila berpisah dengan seseorang, anda menyangka ia satu keputusan yang tepat, namun anda tidak menyedari perkara buruk yang datang selepas itu.
“Contohnya, siapa yang perlu saya hubungi jika terkena serangan panik atau menghadapi masalah? Itulah realiti yang melanda saya – seperti, ‘Oh, saya kini sendirian’. Sekarang ini saya hidup seorang diri setelah sekian lama dan saya membencinya. Itulah realiti saya,” jelasnya.