Nampaknya Shawn tidak menikmati kehidupan solo seperti yang diharapkannya sebelum membuat keputusan untuk berpisah dengan Camila.
Tidak lama selepas membawa haluan masing-masing, dia dilihat keluar makan tengah hari bersama seorang wanita menyerupai Camila di Hawaii, membuktikan dia masih belum berjaya melupakan pelantun lagu Bam Bam itu.
Baru-baru ini dia turut memberi tanda suka pada satu foto Camila dalam gaun cut-out seksi rona hitam yang dimuat naik di Instagram. Adakah hubungan mereka akan kembali terjalin? Tunggu dan lihat!

Foto: Getty Images
Baca: Punca Perpisahan Shawn Mendes & Camila Cabello Terbongkar