Lily Cole mencetuskan kemarahan netizen apabila berkongsi fotonya menyarung burka untuk meraikan kepelbagaian dan mempromosi buku terbaru.
Menerusi satu hantaran di Instagram yang kini telah pun dipadam, Lily memuat naik beberapa foto dirinya dalam burka berwarna biru berserta kapsyen yang berkaitan dengan buku terbarunya mengenai perubahan cuaca.
“Marilah kita meraikan kepelbagaian pada setiap peringkat – kepelbagaian biologi, budaya, pemikiran, suara dan idea,” tulisnya.