Netizen dengan pantas mengkritik pelakon Elizabeth I itu dan mengatakan foto tersebut tidak sensitif memandangkan Kabul, ibu negara Afghanistan baru sahaja jatuh ke tangan Taliban. Ini menimbulkan kebimbangan mereka terhadap hak dan masa depan wanita di negara itu.
Di bawah pemerintahan Taliban pada tahun 90-an, wanita diwajibkan menyarung burka yang direka khas untuk menutup keseluruhan tubuh dari hujung kepala ke hujung kaki. Hukuman berat dikenakan terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan.
Wartawan Britain, Janice Turner berkongsi semula hantaran pelakon itu berserta kapsyen, “Lily Cole dan tanda pagar moden feminisme yang tidak bermakna. Meletakkan kepentingan Instagram di hadapan hak asasi manusia sejagat. Saya yakin wanita Afghanistan meraikan kepelbagaian dengan menyarung pakaian ini.”