Cole kemudian memadam foto-foto tersebut dan membuat permohonan maaf menjelaskan ia adalah foto lama dirinya menyarung burka yang dipinjamkan seorang rakan.
“Saya faham mengapa ia menimbulkan kemarahan orang ramai, justeru saya ingin memohon maaf. Saya tidak membaca berita pada ketika itu. Terima kasih kerana menyedarkan saya,” katanya menerusi satu kenyataan.
Tambahnya, hatinya hiba apabila membaca apa yang berlaku di Afghanistan dan dia turut berkongsi berita terkini mengenai negara itu termasuk pautan ke laman web yang mengutip sumbangan buat pelarian Afghan.
Foto: Lilycole
Baca: Pilihan Nama Anak Kedua Kareena Kapoor Mencetus Kontroversi Di India