Dia turut berkongsi bahawa pergelutannya ini adalah punca mengapa dia memilih untuk terlibat dalam filem To The Bone yang ditayangkan pada 2017.
Dalam filem tersebut, pelakon Amerika-Britain ini memainkan watak sebagai seorang wanita muda yang mencari penyelesaian untuk masalah anoreksia yang dihadapi.
Collins turut mendedahkan pengalaman mengenai gangguan makan ini dalam biografi yang diterbitkan pada tahun sama, Unfiltered: No Shame, No Regrets, Just Me.