Buku tersebut menceritakan pengalaman peribadinya berhadapan dengan perceraian ibu bapa dan sikap kaki botol bapanya, termasuk bagaimana perkara-perkara itu menyumbang kepada masalah yang dihadapinya.
Collins mendedahkan ketiadaan bapanya membuatkan dia berasa tidak mencukupi, lalu mula memberi perhatian kepada diet dan rutin senaman ekstrem.
Akuinya pada pertengahan usia remaja, dia mula mengambil pil kurus dan laksatif untuk menurunkan berat badan. Dia juga mengambil makanan ringan tanpa henti.