Amber Heard mendedahkan dirinya juga didera dan diperlakukan kesat secara peribadi dalam perbicaraan fitnah oleh Johnny Depp yang berlangsung kelmarin.
Aktres itu memberi keterangan di bilik mahkamah Virginia dan menuntut Depp bayar ganti rugi $100 juta. Sebelum membincangkan hubungannya dengan bintang Pirates of the Caribbean, Heard diminta untuk berkongsi mengapa dia berada di mahkamah.