Program Big Stage seakan bakal tiba di peringkat akhir tidak lama lagi dengan menjadikan lima orang peserta yang bakal berentap di pentas itu nanti.
Dalam lima orang peserta yang bakal mara ke peringkat akhir itu termasuklah Baby Shima, Wani Kayrie, Sarah Suhairi, Syafiq Farhain dan Afieq Syazwan. Ariff Bahran dikatakan gagal menempatkan dirinya sebagai finalis di program nyanyian itu apabila namanya tersingkir ketika pertandingan sebelum ini yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Ariff dikatakan menerima markah kedua terendah iaitu sebanyak 84.08 peratus daripada juri namun yang membuatkan dia tersingkir lagi adalah kerana mendapat undian peminat yang rendah menerusi aplikasi Tik Tok pada minggu keenam pertandingan nyanyian itu.
Pada malam penyingkiran itu, Ariff telah menyampaikan dua buah lagu yang berjudul Gerhana, nyanyian asal kumpulan Kembara dan Mama Papa Larang, nyanyian asal Judika berduet bersama Aepul Drama Band.
Walaubagaimanapun, ada dua lagi peserta yang turut mendapat markah yang cukup rendah iaitu Baby Shima dan Sarah Suhairi. Manakal Syafiq dan Wani menerima markah tertinggi daripada juri iaitu sebanyak 89.50 dan 87.08 peratus.
Barisan juri Big Stage termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan penyanyi dari Indonesia, Tulus. Program Big Stage peringkat akhir bakal berlangsung pada 23 September 2018 di Auditorium MBSA.
EH! himpunkan video persembahan terbaik di Big Stage 2018.