1. Kellie Castle, Perak
akibat radang paru-paru
Kisah berhantu rumah agam ini berlokasi di Perak yang dimiliki oleh warga Scotland, William Kellie Smith. Beliau telah meninggal dunia sebelum rumah berkenaan siap dibina. Jadi rumah berkenaan telah ditinggalkan selama lebih 80 tahun selepas kematiannya sebelum ia dijadikan sebagai lokasi tarikan terkenal untuk pelawat pada tahun 2000.
Namun rumah ini telah menimbulkan kisah misteri dimana penemuan 4 terowong tersembunyi di bawah rumah ini dikatakan tempat lebih 70 pekerja meninggal dunia akibat selesema Sepanyol. Menurut orang ramai yang melawat rumah agam itu, mereka ternampak kelibat Smith telah dilihat berkeliaran di balkoni yang kini ditandai dengan plak bertulis “Ghostly Cloister Balcony”.
Rohnya dikatakan kekal kerana impiannya untuk melihat rumah agam itu siap tidak kesampaian. Selain itu, kelibat anak perempuan Smith yang berusia 6 tahun juga telah dilihat memakai pakaian serba putih dan berlari mengelilingi bilik tidurnya yang terbiar.