3. Villa Nabila
Apabila bercakap mengenai hartanah ‘keras’ sendirian, pasti ramai yang akan meneka Villa Nabila. Rumah ‘keras’ ini berlokasi di Johor Bahru dan dinamakan sempena nama anak perempuan kepada keluarga yang tinggal di sana iaitu Nabila.
Terdapat banyak sebab mengapa rumah berkenaan dikatakan keras antaranya kematian penduduknya, rantaian pembunuhan yang tidak berhenti dan cerita tentang seorang bapa yang dikatakan telah membunuh seluruh keluarganya kerana punyai masalah kewangan. Rumah ini juga dijadikan sebagai filem, kisah adaptasi yang telah mendapat perhatian orang ramai hingga ‘pemburu hantu’ menyinggah sendiri rumah berkenaan.