4. Bukit Tunku, Kuala Lumpur
Kawasan kelas atasan di Kuala Lumpur dan kini ia merupakan tempat lepak yang paling dikunjungi orang ramai. Antara aktiviti yang menarik di Bukit Tunku salah satunya adalah melihat matahari terbenam di bukit yang berlandskapkan permandangan luas Kuala Lumpur.
Namun disebalik permandangan indah ini, terdapat banyak cerita mistik yang tidak dapat disahkan mengenai makhluk ghaib yang menghantui bangunan terbiar di sekitar Bukit Tunku ini. Segelintir penduduk mendakwa ternampak penunggang hantu bersiar-siar di sekitar kawasan itu pada tengah malam, dan juga menampakkan pontianak.