5. Mimaland, Selangor
Merupakan taman tema pertama Malaysia yang dibuka pada tahun 1975 di Gombak. Ia mempunyai aktiviti taman sukan, taman air dan taman haiwan prasejarah dengan arca dinosaur bersaiz sebenar yang telah menjadikan tempat itu ‘mesti dikunjungi’ oleh setiap kanak-kanak yang membesar pada tahun 70-an dan 80-an.
Namun disebalik keriangan taman tema itu, terdapat beberapa siri kemalangan tragis yang telah melanda taman itu. Ia tentang kematian seorang pelancong Singapura di atas gelongsor air dan kejadian tanah runtuh yang telah merosakkan kolam air itu.
Taman itu terpaksa menghentikan operasi pada tahun 1994 kerana isu keselamatan, dan kemudian dibiarkan lama sehingga ia tercarta dalam senarai tempat berhantu di Malaysia.
Taman tema ini turut diadaptasikan kepada filem, Miimaland, mengenai sekumpulan individu yang menjalani penggambaran rancangan realiti di taman itu, turut mengalami beberapa siri insiden hantu, termasuk serangan histeria.
Artikel berkaitan: David dan Victoria Beckham Jual Rumah Agam Murah Kerana Berhantu