Gambar: Instagram Linda Rafar
Sebelum ini kecoh di laman sosial mengenai kisah pasangan pelakon Linda Rafar dan Syed Aiman yang sedang melalui proses penceraian. Ianya bermula hanya selepas Linda memuat naik sekeping gambar pernikahan dengan akta cerai dan selepas itu terus memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam. Boleh dikatakan, sebenarnya banyak penceraian yang berlaku tidak kira dikalangan selebriti, orang ternama mahupun secara umum berpunca dari perkara yang tidak disangka dan atas dasar mengikutkan perasaan marah dan emosi yang tidak terkawal.
Topik Berkaitan: Cara Elak Penceraian>>
Terbaru, menurut Utusan Online, Linda kini sedang melalui proses rujuk kembali bersama Syed. Jujur katanya, Linda dan Syed masih lagi sayang antara satu sama lain. Bahkan, ikatan kekeluargaan serta memikirkan perihal masa depan anak-anak, itu yang membuatkan kedua-dua pasangan ini mengambil keputusan untuk kembali bersama.
Gambar: Instagram Linda Rafar
“Ya, kami dalam proses untuk rujuk. Saya akan hentikan kes itu dalam masa terdekat ini. Saya akui, fasa itu bermula kerana sedang mengandung. Itulah yang memberikan kesan sehingga saya melakukan perkara yang mengarut. Wanita mengandung. Biasalah memang akan cepat sensitif. Buat masa ini, saya dan Syed akan berbincang semula mengenai kehidupan kami. Kami juga akan berbincang dengan pihak keluarga untuk langkah seterusnya demi mengukuhkan kembali ikatan kekeluargaan ini,” ujar Linda kepada Utusan Malaysia.
Topik Berkaitan : Perpisahan Selebriti di 2015>>
Tambahnya lagi, keputusannya untuk memfailkan cerai itu juga tanpa meminta sebarang pendapat daripada pihak keluarga dan terus bertindak melulu. Pihak mahkamah juga meminta Linda dan Syed untuk meneliti kembali lafaz cerai itu kerana ia bukanlah perkara yang boleh diambil ringan.